Di Akademik Medalion, kami membawa satu misi besar: membantu mencungkil potensi pelajar di seluruh Malaysia melalui pendidikan yang berkualiti, mudah diakses, dan berkesan.
Kami percaya setiap anak, tanpa mengira bangsa atau latar belakang, berhak mendapat peluang yang sama untuk berjaya.
Itulah sebabnya kami menjalankan kelas tuisyen fizikal di Juru, Pulau Pinang dan kelas online ke seluruh Malaysia, merangkumi:
✔ Pra sekolah
✔ Sekolah rendah
✔ Sekolah menengah
✔ Kelas mengaji Al-Quran
✔ Kelas mula membaca
Bagi kami, pendidikan bukan sekadar mengajar, tetapi membentuk masa depan.
Untuk membantu pelajar Malaysia mencapai potensi penuh mereka melalui pembelajaran yang berkualiti, berfokus, dan disesuaikan mengikut tahap individu.
Menjadi pusat tuisyen pilihan utama di Malaysia yang melahirkan generasi yakin diri, berdisiplin dan berjaya dalam akademik, sahsiah dan kehidupan.
“Didik Dengan Hati, Bimbing Untuk Berjaya.”
Cikgu Teena ialah pengasas Pusat Tuisyen Medalion, cikgu berpengalaman dengan lebih 12 tahun dalam dunia pendidikan. Beliau seorang guru di Sekolah Convent dan telah mengajar dalam pelbagai cara Home Tuition, Online Tuition, Tuition Centre serta pernah berkhidmat sebagai Academic Advisor.
Sepanjang kerjaya, Cikgu Teena membimbing pelajar daripada pelbagai latar belakang akademik termasuk pelajar PPKI, serta murid yang menghadapi cabaran pembelajaran seperti Cerebral Palsy, Autism, ADHD, Dyslexia dan lain-lain.
Medalion bermula dengan kelas kumpulan kecil yang hanya 5 orang pelajar. Dari hari ke hari, kepercayaan ibu bapa semakin meningkat, bilangan pelajar bertambah, guru-guru juga bertambah dan akhirnya Medalion berkembang sehingga 3 cawangan di lokasi berbeza. Kini, pusat tuisyen ini berfungsi sebagai HQ dan menguruskan operasi serta kualiti pengajaran secara menyeluruh.
Salah satu kekuatan Medalion ialah komitmen untuk memudahkan pembelajaran. Kami terus pergi ke kawasan tempat tinggal mereka untuk mengajar tanpa mereka risau perjalanan jauh ke pusat tuisyen. Pendekatan kami lebih selamat, praktikal dan menjimatkan masa ibu bapa. Kelas biasanya dijalankan di dewan kawasan kediaman atau lokasi komuniti yang selamat dan mudah diakses.
Di Akademik Medalion, kami membawa misi untuk membantu ribuan pelajar di seluruh Malaysia mencapai potensi terbaik mereka melalui pendidikan yang berkualiti dan mudah diakses.
Dengan gabungan kelas fizikal di Pulau Pinang dan kelas online untuk seluruh negara, kami membina sebuah komuniti pembelajaran yang holistik, di mana setiap pelajar, tanpa mengira latar belakang, diberi peluang untuk berjaya.
Kami percaya bahawa pendidikan adalah asas perubahan,
dan Akademik Medalion berdiri di hadapan usaha ini untuk membentuk generasi yang lebih yakin, berpengetahuan dan bersedia menghadapi masa depan.




Adakah organisasi anda ingin memberi impak besar dalam bidang pendidikan?
Sama ada melalui program tuisyen peribadi, seminar pendidikan, atau inisiatif pembelajaran yang inovatif, kami komited untuk mengubah pengalaman pembelajaran pelajar di seluruh Malaysia.
Kami percaya kerjasama adalah kunci untuk membina sistem pendidikan yang lebih baik,
lebih mudah diakses, lebih menarik, dan lebih bersedia untuk masa depan.
Jom bekerjasama dengan kami untuk melahirkan generasi yang lebih cemerlang.
📩 Hubungi kami hari ini dan jadi sebahagian daripada misi ini!
3337-2, Jalan Perniagaan,
Pusat Perniagaan Alma,
14000 Bukit Mertajam, Penang
+6017-486 8259
teena@akademikmedalion.com
© Copyright 2026 Pusat Tuisyen Akademik Medalion (003687350-H). All Rights Reserved.