FULL TIME / PART TIME
Jana pendapatan dengan mengajar sama ada secara bersemuka atau online.
Adakah anda seorang yang suka mengajar, sabar, dan nak tambah pendapatan setiap bulan?
Jika ya, anda mungkin calon yang kami cari!
Di Akademik Medalion, kami percaya setiap tutor layak dihargai dan diberikan ruang untuk berkembang.
Kami bukan sekadar pusat tuisyen, kami sebuah komuniti guru yang saling menyokong.
“Untuk memperkasakan para pendidik agar dapat menyemai minat belajar dalam diri pelajar melalui sesi tuisyen peribadi secara online dan di rumah.”
Kami memerlukan individu seperti anda yang bersemangat dan berpengetahuan untuk bersama-sama kami membimbing pelajar mencapai kejayaan yang mereka idamkan.
Guru Matematik berpengalaman dengan lebih daripada 6 tahun dalam mengendalikan kelas untuk pelajar sekolah menengah, khususnya calon SPM. Berpengalaman menguruskan kelas secara konsisten, termasuk sesi berskala besar melibatkan ratusan pelajar serta kelas intensif secara dalam talian.
Pendekatan pengajaran memberi penekanan kepada penguasaan konsep asas sebelum diaplikasikan kepada teknik menjawab soalan mengikut format peperiksaan SPM. Setiap topik disampaikan secara berperingkat dengan langkah yang jelas dan mudah difahami, bagi membantu pelajar lemah membina asas yang kukuh serta membimbing pelajar sederhana mencapai tahap cemerlang.
Selain sesi pengajaran, pelajar turut dibekalkan dengan latihan yang disusun mengikut topik dan aras kesukaran untuk memastikan penguasaan yang menyeluruh. Pemantauan berterusan dilaksanakan melalui semakan kerja rumah bagi memastikan setiap pelajar kekal berada pada landasan yang betul.
Fokus utama adalah untuk membantu pelajar bukan sahaja mencapai kelulusan, malah membina keyakinan dan kemahiran menjawab soalan Matematik secara tepat dan berstrategi dalam peperiksaan.
Guru Membaca yang berpengalaman selama 28 tahun. Kewajipan Guru membaca yang utama ialah membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan betul dan lancar serta memahami isi bacaan. Guru yang mempunyai sifat kesabaran, kreatif, penyayang serta boleh menggunakan pelbagai pendekatan menarik untuk meningkatkan minat membaca. Guru membaca yang mampu membimbing murid membina keyakinan diri dan nilai murni.
Pendekatan pengajaran memberi penekanan dalam penguasaan fonik, sukukata, sebutan yang betul serta maksudnya. Guru membaca yang dapat membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan lebih mudah, cepat dan menyeronokkan. Guru membaca yang akan menggunakan pelbagai kaedah mengikut tahap dan keperluan murid.
A passionate educator with 15 years of experience teaching English from primary to middle and high school students. Skilled at delivering engaging lessons to facilitate the learning of complex grammar concepts while encouraging active participation during group activities. Effective communicator who promotes a high-performance culture by providing students with the necessary tools to achieve their academic goals.
A dedicated teacher with a solid grasp of the English language and a breadth of knowledge regarding literature, reading, writing, public speaking, and debate. Highly organized with the talent to design and develop comprehensive learning programs and implement student engagement techniques that motivate and inspire students to understand literature and language in both spoken and written form. Committed to implementing the highest standards of instruction in helping each student achieve success in meeting or exceeding the academic requirements in English language arts proficiency.
Cikgu Joseph Mah merupakan seorang pendidik Bahasa Mandarin yang berpengalaman luas dan sangat berdedikasi dalam bidang pendidikan. Dengan pengalaman mengajar selama lebih 30 tahun, beliau telah berjaya membimbing ramai pelajar daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang untuk menguasai Bahasa Mandarin dengan lebih yakin dan berkesan.
Sepanjang perjalanan kerjayanya sebagai guru Bahasa Mandarin, Cikgu Joseph Mah terkenal dengan cara pengajaran yang sabar, sistematik dan mudah difahami. Beliau sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan setiap pelajar agar proses pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan serta efektif. Pengalaman yang dimiliki membolehkan beliau memahami tahap pembelajaran pelajar dengan baik dan menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Mandarin.
Selain itu, Cikgu Joseph Mah juga dikenali sebagai seorang guru yang komited dan berdedikasi tinggi dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik. Sikap beliau yang mesra, prihatin dan profesional menjadikan beliau disenangi oleh pelajar serta ibu bapa. Ramai pelajar yang berjaya meningkatkan penguasaan Bahasa Mandarin hasil bimbingan dan tunjuk ajar beliau.
Dengan pengalaman selama tiga dekad dalam dunia pendidikan, Cikgu Joseph Mah terus berusaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam Bahasa Mandarin, malah mempunyai keyakinan diri untuk menggunakan bahasa tersebut dalam kehidupan seharian. Beliau percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi untuk berjaya apabila diberikan bimbingan yang betul dan suasana pembelajaran yang positif.
Seorang pendidik berdedikasi tinggi dengan lebih daripada 6 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan serta berkelulusan Ijazah dalam Teaching English as a Second Language (TESL). Berpengalaman luas mengendalikan kelas bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, termasuk kelas intensif, sesi berskala besar, serta pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka.
Dikenali dengan gaya pengajaran yang penuh komitmen, interaktif, dan mudah difahami, setiap seisi pembelajaran disampaikan dengan pendekatan yang tersusun bagi memastikan pelajar bukan sahaja memahami sesuatu topik, malah mampu menguasainya dengan yakin. Penekanan diberikan kepada pengukuhan asas tatabahasa, kosa kata, penulisan dan kemahiran memahami teks secara berperingkat agar setiap pelajar dapat berkembang mengikut potensi masing-masing.
Berpengalaman sebagai tutor IGCSE serta mempunyai pemahaman mendalam terhadap silibus terkini dan pelaksanaan kurikulum baru. Mempunyai keupayaan untuk menukarkan topik yang sukar kepada pembelajaran yang lebih mudah, menarik dan dekat dengan pelajar sehingga mampu meningkatkan minat serta keyakinan mereka terhadap Bahasa Inggeris.
Selain pengajaran di dalam kelas, pelajar turut dibimbing melalui latihan yang disusun mengikut topik dan tahap penguasaan bagi memastikan peningkatan yang konsisten. Pemantauan berterusan melalui semakan latihan dan bimbingan individu membantu setiap pelajar kekal fokus serta mencapai perkembangan yang memberangsangkan.
Matlamat utama bukan sekadar membantu pelajar memperoleh keputusan yang baik, tetapi juga membina keyakinan diri, semangat untuk belajar dan keberanian untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Setiap kejayaan pelajar adalah kepuasan terbesar dalam perjalanan sebagai seorang pendidik.
Kami cover seluruh subjek bermula dari Pra Sekolah hingga Sekolah Menengah.
3337-2, Jalan Perniagaan,
Pusat Perniagaan Alma,
14000 Bukit Mertajam, Penang
+6017-486 8259
teena@akademikmedalion.com
© Copyright 2026 Pusat Tuisyen Akademik Medalion (003687350-H). All Rights Reserved.